Followers

Friday 16 September 2011

Perjalanan Seorang Penuntut Ilmu




بسم الله الرحمن الـــرحيم

Cerita ini saya tulis adalah untuk memberikan pengajaran kepada kita semua khususnya kepada saya sendiri bahawa penderitaan dan kesusahan kita dalam menempuh jalan yang haq dan benar ini tidaklah seberapa, apatahlagi jika kita dibandingkan dengan para salafushalih. Cerita yang saya ambil ini adalah kisah manusia di masa ini, di mana sangat sukar untuk ditemui orang-orang yang memiliki semangat yang sama sepertinya dalam pencarian ilmu. Saya menuliskan cerita ini adalah berdasarkan sebuah kisah sebenar, di mana kisah tersebut saya dengar sendiri daripada salah satu sumber (akhowat) terpercaya yang mengetahui kisah tersebut. Wallahua’lam. Semoga kisah ini dapat memberikan motivasi dan inspirasi  untuk kita lebih bersemangat dalam menuntut ilmu. Semoga Allah memberkati kami.

Di suatu daerah terpencil, terdapat sepasang suami isteri yang sangat zuhud. Mereka masih belum dikurniakan seorang putera kerana masih dikategorikan pengantin yang masih baru. Perlu diketahui si suami adalah seorang yang sangat rajin menuntut ilmu, dia adalah seseorang yang memiliki semangat yang sangat luar biasa dalam mencari ilmu. Bahkan dahulu ketika dia ingin menikah, dia tidak mempunyai sedikit pun wang yang cukup untuk meminang seorang akhowat, dan akhirnya dia berjumpa dengan salah seorang ustadz di ma’had yang dia tuntut pada waktu itu, hanya untuk meminta nasihat bagaimana dia dapat menikah. Dia sedar bahawa dirinya tidak tampan, dan masih belum bekerja kerana hamper kesemua masa mudanya dihabiskan di ma’had. Si ustadz pun menghargai tekadnya dan pada akhirnya membiayai pernikahan lelaki tersebut.

Si suami di masa mudanya adalah salah seorang murid yang diakui kepandaiannya di ma’hadnya. Beberapa rakan dan ustadz memujinya dalam hal keilmuannya. Suatu hari si suami berniat ingin menghadiri suatu majlis ilmu di luar kota. Kerana dia belum memiliki pekerjaan yang tetap maka si suami dan isterinya memikirkan bagaimana caranya agar si suami dapat pergi untuk menghadiri majlis tersebut walaupun ekonomi mereka tidaklah seberapa. Jarak yang harus ditempuhi sangatlah jauh, sehingga memerlukan pembiayaan yang banyak. Sedangkan penghasilan mereka untuk makan sehari sahaja pun tidak cukup. Si suami bukanlah seorang yang malas dalam mencari nafkah, namun ketentuanNya, Allah telah menetapkan rezekinya hanya sedemikian. Walau demikian si suami tetap bersemangat dalam menjalani hidupnya.

Suatu hari isterinya yang walhamdulillah (segala puji bagi Allah) sangat qona’ah dan juga zuhud, berinisiatif membuka penyimpanan wangnya yang beberapa bulan dia kumpulkan dalam kotak penyimpanannya. Dengan ketentuanNya, wang yang terkumpul hanya Rp 10.000 (RM300). Bayangkan wahai pembaca, mata ini ingin menangis ketika saya mengupas kisah ini. Dalam sehari kita memegang wang puluhan ribu, ratusan ribu, bahkan mungkin hingga ada yang mencapai jutaan. Dengan keistiqomahan dan kezuhudan, si isteri tidak pernah mengeluh untuk mengumpulkan 100 perak (Rp 100) setiap keuntungan yang diperoleh suaminya yang tidak setiap hari ia dapatkan.

Si isteri segera mengumpulkan wang tersebut dan berinisiatif untuk membuatkan arem-arem (bahasa jawa), iaitu sejenis nasi kepal yang dibungkus daun pisang untuk bekal perjalanan suaminya. Hanya itu yang dapat si isteri berikan kepada suaminya sebagai tanda cinta dan kasih sayangnya.

Si suami pun kemudian berangkat dengan membawa bekal dan doa isterinya untuk menuntut ilmu. Dia pergi dengan HANYA berjalan kaki. Hanya berjalan kaki untuk menempuh jarak berpuluhan kilometer!!! (wallahua’lam) Kerana ia tak membawa wang satu sen pun untuk perjalannya, hanya beberapa buaharem-arem dan pakaian yang dipakai di badannya yang dia bawa ke luar kota. Subhanallah.

Perjalanan dia tempuh adalah 3 hari dan 3 malam dengan kedua kakinya tanpa kendaraan satupun. Akhirnya dia pun sampai di tempat majlis ilmu yang ditujui, hanya dengan berjalan kaki dan berteduh di tempat yang seadanya selama perjalanannya.

Majlis akhirnya bermula. Selama majlis berlangsung dia sangat tekun dan bersemangat untuk mengambil ilmu yang diterimanya, dia mengambil barisan yang paling hadapan dan hampir dengan ustadz. Namun beberapa saat kemudian dia ditegur oleh seseorang di sampingnya kerana setiap beberapa minit dia selalu meluruskan kakinya ketika majlis berlangsung. Hal itu tidak dia lakukan sekali dua, tetapi sehingga beberapa kali. Akhirnya orang disampingnya itu pun menegurnya kerana menganggapnya tidak sopan. Hal itu dia lakukan kerana kakinya terasa kejang kerana berjalan selama 3 hari 3 malam. Masha Allah.

Waktu istirahat pun tiba. Dia berkumpul dengan ikhwan-ikhwan (lelaki-lelaki) lain di dapur untuk membantu mengemas. Dia pun akhirnya menceritakan kisah 3 hari 3 malamnya itu kepada salah seorang ikhwan di tempat tersebut dan kisahnya tesebut telah membuat orang tercengang yang mendengarnya. Akhirnya cerita itu sampai ke telinga ustadz. Ustadz pun tercengang dengan kisahnya itu. Dan akhirnya ustadz berserta ikhwan-ikhwan mengumpulkan dana sukarela untuk memberikan sumbangan kepadanya dan terkumpulah wang sebanyak Rp 300.000,- sebagai dana bantuan untuk perjalanan pulangnya.

Subhanallah, sebuah kisah yang mungkin kita ragukan kebenarannya walaupun sedikit, tetapi insya Allah ini kisah benar. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini. Sebagai penutup mari kita lihat hadis berikut,
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu agama, pasti Allah membuat mudah baginya jalan menuju surga” (HR Muslim)

Yahya bin Abi Katsir rahimahullahu ta’ala berkata, “Ilmu tidak akan diperoleh dengan tubuh yang dimanjakan (dengan santai/tidak bersungguh-sungguh).” (Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr dalam Jaami’ Bayaanil ‘Ilmi wa Fadhlihi I/385, no. 554)

Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai sebuah pengajaran yang sangat berharga bagi kita semua khususnya saya sebagai penulis dan juga kepada para penuntut ilmu
Wallahualam.

Jika ada kekurangan dalam penulisan ini maupun ketepatan jalur cerita dalam kisah ini, semua kesalahan tersebut adalah dari penulis sendiri dan dimohon untuk dimaklumkan kerana kebatasan ingatan dan lain-lain sebab kerana kebenaran itu semuanya dari Allah Azza Wa Jalla.

Semoga Allah memberkati kami semua.

Sumber: http://sunniy.wordpress.com/2011/06/13/kisah-nyata-di-suatu-majelis-perjalanan-seorang-penuntut-ilmu-yang-perlu-diteladani/

No comments:

Post a Comment