Followers

Wednesday 6 July 2011

Wahai Muslimin bertaubat dan berubahlah kamu sementara kamu masih ada peluang





Sungguh mudah bagi manusia untuk lalai daripada mengingati Allah Azza Wa Jalla. Sungguh mudah bagi manusia untuk lupa daripada melaksanakan perintah Allah Azza Wa Jalla. Sungguh mudah bagi manusia untuk lebih cenderung untuk melaksanakan dosa dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla.

Wahai MANUSIA! Tidakkah kamu tahu kedudukan kamu di mana? Sesungguhnya kamu telah diciptakan daripada tanah yang HINA! Lalu dibentukkan oleh Allah sebaik-baik ciptaan.


قل هو الذي أنشأكم وجعل لكم السمع والأبصار والأفإدة قليلا ما تشكرون
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". [67:23]

يا أيها الإنسان ما غرك بربك الكريم 
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? – [82:6]

كل بني آدم خطاء وخير الخطائين التوابون
Setiap Anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik daripada mereka adalah mereka yang bersegera bertaubat.

Sesungguhnya, Allah telah  menurunkan PETUNJUK, PANDUAN, dan PERINGATAN bagi kamu wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah menghantar kepada kamu seorang RASUL yang membawa kamu kepada Allah! Membimbing kamu kepada JALAN ALLAH! Tetapi kamu telah meninggalkan PANDUAN tersebut! PANDUAN yang akan bantu kamu berjaya di DUNIA dan AKHIRAT! Kamu abaikan ajaran RASUL yang telah disampaikan kepada kamu! Kamu lebih rela mengambil yang sedia ada, yakni DUNIA lalu melupakan akhirat dan meninggalkannya di belakang kamu!

كلا بل تحبون العاجلة – وتذرون الأخرة
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. -  Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). [75:20-21]

Wahai manusia! Dengan pantas kamu mengambil dunia, dan meninggalkan akhirat, kamu menjadi lalai lalu meninggalkan Allah dan agamamu! Hanya pada kamu label ISLAM tetapi kamu tidak beramal dengannya! Sesungguhnya, adakah kamu seorang MUSLIM? Apakah kamu layak digelar sebegitu sekali tetapi kamu tidak beramal dengan apa yang telah disampaikan kepadamu? Di manakah kamu letak iman kamu?

Sesungguhnya! Berpeganglah kamu pada PANDUAN yang telah Allah turunkan. Jangan kamu tinggalkannya! Kelak, mereka yang tidak beramal dengannya akan disoal,
وللذين كفروا بربهم عذاب جهنم وبئس المصير –إذا ألقوا فيها سمعوا لها شهيقا وهي تفور – تكاد تميز من الغيظ كلما ألقي فيها فوج سألهم خزنتها ألم يأتكم نذير – قالوا بلا قد جاءنا نذير فكذبنا وقلنا ما نزل الله من شئ إن أنتم إلا في ضلال كبير – وقالوا لوكنا نسمع أو نعقل ما كنا في أصحاب السعير
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. - Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. - Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?" - Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! " - Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". [67:6-10]

ولو ترى إذ المجرمون ناكسوا رءوسهم عند ربهم ربنا أبصرنا وسمعنا فرجعنا نعمل صالحا إنا موقنون
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". [32:12]

WAHAI MANUSIA!! Adakah kamu ingin menjadi seperti mereka yang dikisahkan dalam Al-Quran? Kamu ingin menyesal kelak di waktu kamu berhadapan dengan Allah? BERTAUBATLAH jikalau kamu tidak ingin menjadi seperti mereka!

وَكُلَّ إِنْسَـنٍ أَلْزَمْنَـهُ طَـئِرَهُ فِى عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَـمَةِ كِتَابًا يَلْقَـهُ مَنْشُوراً - اقْرَأْ كَتَـبَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا
Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)". [17:13-14]

Dan pada waktu itulah, kamu akan membaca kitab amalan kamu sendiri! Kamu akan ditunjuk kembali dosa-dosa yang telah kamu lakukan! Yang kamu buat secara tersembunyi ataupun secara terang-terangan! Allah Azza Wa Jalla akan mengarah kamu untuk membacanya!

Wahai insan! Bertaubatlah kamu sekarang, sebelum masa kamu tamat! Sesungguhnya MAUT ITU DATANG BILA-BILA SAHAJA! Menyesal kamu sekarang, sebelum kamu menyesal di akhirat kelak di hadapan TUHANMU!!!

Pulanglah kamu kepada JALAN ALLAH! Mintalah padaNya pengampunan! TIADA YANG MAMPU MENGAMPUNI DOSA-DOSA KALIAN MELAINKAN ALLAH AZZA WA JALLA YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI!!

Allah berfirman di dalam hadis qudsi: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

WAHAI ANAK ADAM! Jikalau kamu telah berdosa, maka bertaubat dengan segera! BERUBAH SEKARANG! ALLAH tidak akan ubah kamu melainkan kamu mengubah diri kamu sendiri!

إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِم
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [13:11]

BERUBAH bermula dengan inisiatif daripada diri sendiri. Bukan kerna orang lain, bukan desakan ataupun paksaan orang lain, tapi dengan kerelaan hati dan keikhlasan yang datang dari lubuk hati sendiri, kerana Allah ingin berubah.

Saya doakan agar mereka yang ingin berubah, mendapat kekuatan daripada Allah Azza Wa Jalla.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment