Followers

Tuesday 9 August 2011

Peperangan Di Bulan Ramadhan




Oleh : Ustaz Muhammad Asrie Sobri

Bulan Ramadan adalah bulan kemenangan buat Umat Islam, sepanjang tarikh Islam telah menyaksikan beberapa peperangan penting yang membawa Umat Islam kepada kegemilangan dan kemengangan atas musuh-musuh mereka.

Berikut adalah peperangan peperangan penting yang berlaku dalam sejarah Islam di dalam bulan Ramadan:
1) Badar al-Kubra: 17 Ramadan 2 Hijrah
  • Pemimpin Peperangan : Rasulullah s.a.w.

2) Fathu Makkah: Tahun 8 Hijrah (Nabi s.a.w bergerak ke Mekah pada 14 Ramadan)

  • Pemimpin: Rasulullah s.a.w


3) Peperangan al-Buwaib: 13 Hijrah. Muslimin vs Farsi (Iran)

  • Khalifah: Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a
  • Panglima Perang: al-Mutsanna bin al-Harisah r.a



4) Pembukaan Andalus (Sepanyol): 92 Hijrah

  • Khalifah: Amirul Mukminin al-Walid bin Abdul Malik al-Umawi r.h
  • Panglima: Tariq bin Ziyad

5) Peperangan Bilatus Syuhada' (Lantai Para Syahid): 114 Hijrah. Muslimin vs Nasrani


  • Khalifah: Amirul Mukminin Hisyam bin Abdul Malik al-Umawi r.h
  • Panglima: Gabenor Abdul Rahman al-Ghafiqi r.h (terkorban dalam pertempuran)

6) Pembukaan 'Amuriah: 6 Ramadan 223 Hijrah. Muslimin vs Nasrani

  • Khalifah: Amirul Mukminin al-Muktasim billah al-Abbasi r.h
  • Panglima: Khalifah sendiri.


7) Peperangan Zallaqah: 10 awal Ramadan tahun 479 Hijrah. Muslimin vs Nasrani

  • Khalifah: Amirul Muslimin Yusuf bin Tasyifin, Khalifah kerajaan al-Murabitun, pemerintah Maghribi. 
  • Panglima: Amirul Muslimin sendiri

8) Pembukaan Harim: Tahun 559 Hijrah (Ekspedisi Peperangan Salib)

  • Panglima: Nuruddin al-Zanki, Sultan Kerajaan Zankiah

9) Pembukaan Karak dan Sufad: Tahun 584 Hijrah.

  • Panglima: Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Sultan Kerajaan Ayyubiah Solihiah

10) 'Ain Jalut: Tahun 658 Hijrah (Muslimin vs Mongol)

  • Panglima: Sultan al-Muzaffar Qutuz al-Mamluki, Sultan kerajaan Mamalik al-Bahriah
  • Penggerak Eskpedisi:  Ruknuddin Baibars al-Bandaqdari (yg kemudiannya menjadi Sultan al-Malik Qasim Amirul  Mukminin Al-Zahir Baibars al-Mamluki)

11) Pembukaan Antokiah: 14 Ramadan Tahun 666 Hijrah

  • Panglima: Sultan al-Malik al-Zahir Baibars al-Mamluki, Qasim Amirul Mukmini wa Sultan al-Syam wa Misr.

12) Peperangan Syaqhab: 702 Hijrah (Muslimin vs Mongol)

  • Khalifah: al-Mustakfi Billah al-'Abbasi r.h
  • Panglima: Sultan Muhammad bin Qalawun al-Salihi al-Mamluki r.h
  • Penggerak Ekspedisi: Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h.


Demikianlah sebahagian peperangan yang besar dan amat penting dalam sejarah Islam yang berlaku dalam bulan Ramadan dan kaum muslimin menyaksikan kemengan yang tidak disangka-sangka.


Peperangan ini kebanyakannya berlaku dalam kaum muslimin lemah dan musuh mereka berada pada kekuatan material yang lebih hebat seperti peperangan Badar al-Kubra, 'Ain Jalut, dan Syaqhab.Semoga kaum muslimin dapat mengambil iktibar daripada sejarah mereka ini dan ketahuilah bahawa kemenangan itu pasti milik Islam dan mereka yang melazimi ajarannya dengan sempurna.



No comments:

Post a Comment