Followers

Thursday 16 June 2011

Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah





~Kepentingan Aqidah Salaf~

1.Seorang Muslim akan mengagungkan Al-Quran dan As-Sunnah,dan bahayanya Aqidah yang lain kerana sumbernya hawa nafsu,maka mereka akan mempermainkan dalil dan tafsirannya mengikut hawa nafsu.


2.Aqidah salaf ini akan mengikat seseorang Muslim dengan generasi yang pertama,iaitu para sahabat yang mereka itu adalah sebaik-baik manusia dan Ummat.

Kata Imam Malik:"Generasi akhir dari Ummat ini tidak akan dapat memperbaiki Ummat melainkan dengan apa yang telah membuat baik generasi pertama (sahabat)."

3.Dengan Aqidah Salaf ini,kaum Muslimin dan da'i-da'inya akan bersatu sehingga mendapat kemuliaan serta menjadi sebaik-baik umat.Hal ini kerana Aqidah Salaf ini berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah menurut pemahaman para sahabat.Adapun aqidah selain Aqidah Salaf ini,maka dengannya tidak akan tercapai persatuan bahkan akan terjadi adalah perpecahan dan kehancuran.

4.Aqidah Salaf ini jelas,mudah dan jauh dari ta'wil,ta'thil dan tasybih.Oleh kerana itu,dengan kemudahan ini setiap Muslim akan mengagungkan Allah dan akan merasa tenang dengan Qadha' dan Qadar Allah.

5.Aqidah Salaf ini adalah Aqidah yang selamat,kerana Salaf As-Soleh lebih selamat,lebih tahu dan lebih bijaksana.Dengan Aqidah salaf ini,akan membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat.Oleh kerana itu berpegang pada Aqidah Salaf ini hukumnya WAJIB.

~Memahami Sifat Allah~

Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata:"Pandangan yang kami ikuti berkenaan dengan masalah ini adalah pandangan Salaf As-Soleh seperti Imam Malik,Al-Auza'l,Ats-Tsauri,Al-Laits bin Sa'ad,Imam Syafie,Imam Ahmad,Ishaq bin Rawaih dan imam-imam lainnya sejak dahulu sehingga sekarang,iaitu membiarkannya seperti apa adanya,tanpa takyif (mempersoalkan kaifiyahnya/hakikatnya),tanpa tasybih (penyerupaan) dan ta'thil (penolakan).Dan setiap makna zahir yang terlintas pada pemekiran seseorang yang mengikut kefahaman musyabbihah (menyerupakan Allah dengan makhluk),maka makna tersebut adalah sangat jauh daripada Allah,kerana tidak ada sesuatu pun yang dari ciptaan Allah menyerupaiNya.

"Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya.Dan Allahlah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."[Asy-Syura:11]

~Allah Bersemayam Di Arasy~

Ketika Imam Malik ditanya mengenai Istawa Allah,maka beliau menjawab:"Istawanya Allah ma'lum (sudah diketahui maknanya),dan kaifiyatnya tidak dapat dicapai nalar (tidak diketahui),dan beriman kepadanya adalah wajib,bertanya tentang hal tersebut adalah perkara Bid'ah,dan aku tidak melihatmu kecuali dalam kesesatan."Kemudian Imam Malik menyuruh orang tersebut keluar daripada majlisnya.(Syarhus Sunnah Lil Imaam Al-Baghawi 1/171)

Imam Abu Hanifah berkata:"Barangsiapa yang mengingkari bahawa Allah berada di atas langit,maka ia telah kafir."(Mukhtashar Al Uluw Lil Aliyyil Ghaffar hal.137,no.119)

~Allah Di Mana-Mana~

Di dalam Al-Quran mahupun hadis-hadis Nabi,tidak adapun satu dalil yag mengatakan Allah itu dimana-mana.Ini Adalah disebabkan daripada pemikiran secara logik dan penggunaan akal dalam memahami Aqidah.Sedangkan,cara memahami Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah daripada pemikiran para Salaf As-Soleh.Pemikiran logik itu dikenali sebagai ILMU KALAM.Munculnya ilmu ini apabila Islam telah berkembang menjadi empayar yang hebat,masuknya pemikiran falsafah dan logik ke dalam pemikiran masyarakat.Lalu bercampuran dengan naql (wahyu).Lalu lahirlah satu pemikiran baru iaitu ILMU KALAM.

Imam Abu Hanifah berkata:"Aku telah menjumpai para ahli ilmu kalam.Hati mereka keras,jiwanya kasar,dan tidak peduli jika mereka bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Mereka tidak memiliki sifat wara' dan takwa."




~Kalamullah Bukan Makhluk~

Setiap Ahli Sunnah Wal Jamaah berittiqad bahawa Al-Quran itu adalah Kalamullah dan bukan makhluk.Kalamullah adalah sifat Allah yang sesuai dengan KebesaranNya.

Seorang lelaki berkata kepada As-Syafie:"Jelaskan kepadaku,apakah al-Quran itu Khaliq?As-Syafie berkata:"Bukan.Apakah ia makhluk?ia menjawab:Juga bukan.Lelaki itu bertanya lagi:Jadi ia bukan makhluk?As-syafie mejawab:Ya.Mendangar jawapan imam As-Syafie ia lantas bertanya:"Dimana dalil yang membuktikan bahawa Al-Quran itu bukan makhluk?As-Syafie bertanya kepadanya:Apakah engkau menyakini bahwa Al-Quran itu Kalamullah?Ya! jawabnya.Maka As-Syafie berkata:Berkenaan hal itu Allah telah menyahutku terlebih dahulu dalam FirmanNya:

"Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan benar-benar perkataan."(4:164)

"Dan jika seseorang antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan kepadamu,maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar Kalamullah (Firman Allah)."(9:6)

As-Syafie melanjutkan:Apakah engkau mengakui bahawa Allah dan FirmanNya telah ada?Atau Allah ada sedangkan FirmanNya ada kemudian setelah itu?Lelaki itu menjawab:Malah Allah dan firmanNya telah ada.As-Syafie tersenyum kerana mendengar jawapan tersebut,lalu berkata:"Hai orang Kuffah,engkau datang kepadaku dengan ucapan yang agung!jika kamu mengimani bahawa Allah itu ada yang tidak didahului oleh tidak ada,begitu juga Kalamullah (FirmanNya),maka mengapa kamu menanyakan apakah Kalamullah itu Allah,atau selain Allah bukan Allah?Az-Zubairi berkata:Maka lelaki itu diam lalu meminta izin untuk pergi."(Manaqib As-Syafie 1/407-408)

~Aqidah Suci & Aqidah Fasad~

Aqidah Suci:
Aqidah yang tulen,yang sahih yang diturunkan kepada Rasul untuk disampaikan kepada Umat.Perlu difahami melalui kefahaman para Salaf As-Soleh.

Aqidah Fasad:
Berpunca sama ada dari akal pemikiran manusia semata-mata,atau pun penyelewengan aqidah yang suci yang diselewengkan menurut akal fikiran dan hawa nafsu.Seperti dalam Aqidah Yahudi,Nasrani,Tarikat yang menyeleweng,Ahli Falsafah,golongan Batiniyyah,puak Syi'ah dan lain-lain.



~Syirik~

Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang bertemu dengan Allah tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu;masuk ke dalam syurga dan sesiapa yang bertemu denganNya dengan mensyirikkanNya dengan sesuatu;masuk ke neraka." [HR Muslim]

"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang syirik kepadaNya dan mengampun segala (dosa-dosa) yang lain kepada sesiapa yang dikehendakinya." (An-Nisa:48)

"Dan sekiranya mereka mensyirikkan sesuatu nescaya gugurlah daripada mereka mereka segala perkara yang telah mereka kerjakan" Al-An'Am:88)

"Bagi orang-orang yang zalim,tidak mempunyai teman setia seorang pun dan tidak (pula) mempunyai seorang pemberi syafaat yang diterimanya syafaatnya."(Al-Ghafir:18)

"Tiada Kami utuskan sebelum kamu seorang Rasul itu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak diabdikan) melainkan Aku,maka berabdilah kepada Aku" (Al-Anbiya:25)


Tidak diterima ibadah seseorang itu melainkan adanya Aqidah yang benar di dalam dirinya.Dan tidaklah diterima amalan seseorang itu melainkan daripada Rasulullah SAW sendiri.

"Dan sekiranya mereka mensyirikkan sesuatu nescaya gugurlah daripada mereka mereka segala perkara yang telah mereka kerjakan' (Al-An'Am:88)

Rasulullah SAW bersabda:"Setiap perkara yang bukan atas perintah kami maka ia tertolak." [HR Bukhari dan Muslim]

Oleh itu,kita perlulah menuntut ilmu dan pelajari mengenai Islam yang sebenar dan tulen sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat.Hanya dengan itu kita akan menjadi selamat.Dan hanya jalan para Salaf merupakan jalan yang paling benar dan paling selamat bagi kita.Ilmu itu perlu dituntut dan perlu diamalkan.Ubat yang paling nerkesan untuk kejahilan adalah dengan bertanya.Semoga Allah menunjukkan jala yang benar bagi kita dan juga memberikan kefahaman terhadap agamaNya.Ameen.

No comments:

Post a Comment