Followers

Thursday 30 June 2011

Taubat



JALAN PULANG KE PANGKUAN ALLAH TERLALU LUAS!.BERTAUBATLAH SEMENTARA MASIH BERPELUANG.
(Oleh Dr.Mohd Asri bin Zainul Abidin)


Antara keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan.Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredhaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu,latar diri,keturunan,atau harta.

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan,usianya yang lanjut,atau apa sahaja.

Firman Allah dalam surah Ali Imran 135-136:

"(maksudnya)dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji,atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa mereka melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu,sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).Orang-orang yang sedemikian sifatnya,balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka,dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sengai,mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal."

Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatanNya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya,benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.Jika kesalahan itu sesama insan lain,dia memohon maaf dari yang dizalimi.Jika tidak mampu,bimbing mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat,serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hambaNya.

Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyeluruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama,atau melakukan upacara yang menyeksa diri demi menghapuskan dosa seperti melukakan diri atau berjalan di atas bara api atau membuat bayaran penebusan dijual sempena bulan Ramadhan atau selainnya.Dengan agama,cukuplah dengan membanyakkan ongkos,maka selamatlah dia di sisi Tuhan.Aduhai tentu tidak demikian

Frman Allah (maksudnya) hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun.Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan niat sejahtera.Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang-orang yang bertaqwa.Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat (Surah Al-Syu'ara:88-91)

Seseorang yang berdosa pula,tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau sesiapapun di kalangan manusia.Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain.

Nabi S.A.W bersabda:Sesiapa yang menutup (keburukan)seseorang muslim,Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. [HR Muslim]

Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri,dia juga tentu soerang Muslim.Maka dia wajib menutup keaiban dirinya.Maka dalam Islam tidak ada 'pengakuan dosa di hadapan paderi'.Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah,maka dia bertubat di mana sahajaa dia berada.

Sabda Nabi:Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.[HR Al-Tirmizi,dinilai hasan oleh al-Albani]


Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini.Bahkan dalam sebuah hadis kudsi

Allah berfirman:Wahai anak-anak adam,selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dariKu,Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu,Aku tidak peduli.Wahai anak Adam,jika dosamu sampai ke puncak langit,lalu engkau pohon keampunan dariKu,Aku ampunkan engaku,Aku tidak peduli.Wahai anak-anak Adam,jika engkau datang kepadaKu dengan dosa yang hampir memenuhi bumi,namun engkau menemuiKu tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu,nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.{HR Al-Tarmizi}

Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu.Sebaliknya,disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari RahmatNya

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat:53:(maksudnya) katakanlah:Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

Al-Imam ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut "ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah.Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya,walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut.Sekalipun bagaikan buih di lautan" (Tafsir Al-Quran Al-'Azim,4/74,Beirut:Mussasah Al-Rayyan)

Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa.Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain,namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf,benar-benar kembali kepadaNya.

Saya bicarakan tajuk ini,sesuai dengan suasana puasa.Juga agar perbincangkan agama,janganlah menyebabkan manusia ini kecewa dengan diri mereka dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan.

Agama ini begitu lunak.Pintu untuk mendekati Tuhan tidak pernah hanya dikhususkan orang tertentu semata.Bahkan sesiapa sahaja yang menerima Islam ini dan berusaha mendekatkan diri dengan jalan Rasulullah maka dia akan sampai ke dalam rahmat Allah.

Tiada perbezaan antara mufti,ustaz,imam dan orang biasa Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia.Dia melihat keluruhan jiwa dan kesahihan amalan.Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat.Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.

Kadangkala amat menakutkan kite mendengar ucapan seseorang.Saya pernah mendengar seseorang menyebut "dosa-dosa si polan tidak akan diampunkan Allah".Ringan perkataan itu di lidah kita,amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita menjadi wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hambaNya.Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita,sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan RahmatNya untuk semua.


Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini.Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja,tetapi juga semua muda-mudi jalanan,artis di pentas,pemimpin di gelanggan politik dan seterusnya.Jangan menghukum seseorang itu tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan,maka dialah akan dibinasakan Allah.Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita.Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai.Sama ada yang berada di gelanggan saukan,di pentas filem,di medan politik atau apa sahaja.

Nabi bersabda:Jika seseorang berkata:Binasalah manusia,maka dialah yang paling binasa.[HR Muslim]

Sehingga dalam hadis Nabi bersabda:"Seorang telah melakukan satu dosa,lalu dia berkata:Wahai Tuhanku ampunilah dosaku.Lalu Allah Azza Wajalla berfirman:Hambaku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya.-dalam riwayat yang lain ditambah:Aku ampunkan dosanya.Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain,dia berkata:Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah aku.Lalu Allah berfirman:Hambaku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya.-dalam riwayat lain yang ditambah:Aku ampunkan dosanya.Lalu dia melakukan dosa sekali lagi,dia berkata:Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku.Lalu Allah berfirman:Hambaku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya,maka aku ampunkan Hambaku ini,buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau {HR:Al-Bukhari dan Muslim}

Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa,tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa.Setiap kali berdosa,dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampunkan oleh Allah S.W.T

Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan.Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya "tidak berguna kau bertaubat,sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu",namun Allah tidak berkata demikian.Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hambaNya itu jujur dan ikhlas nerintih kepadaNya.

Jika Allah menutup pintu,maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan.Namun dengan dibuka seperti ini,insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap dia tergelincir.

Saya amat hairan,ada agama tertentu yang dikatakan mempengaruhi emosi sesetengah anak-anak muda kita disebabkan unsur kasih sayang dan rahmat berkenaan yang ditonjolkan dalam agama.Seakan anak-anak muda kita tidak pernah mendengar tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah dalam Islam ini.Lalu mereka pun kagum dengan agama lain dan melupai agama sendiri yang diturunkan Allah ini.

No comments:

Post a Comment