Followers

Wednesday 15 June 2011

Kembali pada jalan yang benar





~Manhaj Salaf~

~Pengertian Manhaj~
Segi bahasa:Jalan yang jelas,mudah dan terang

"Untuk tiap-tiap umat (di antara kamu) Kami berikan aturan dan Manhaj (jalan yang terang) [Al-Maidah:48]


Manhaj juga sering dimaksudkan sebagai Mazhab.(Mazhab Salaf/Manhaj Salaf)

~Pengertian Salaf~
Segi bahasa:Orang-orang yang awal-awal,mula-mula atau yang terdahulu/pendahulu bagi suatu generasi.

"Dan Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang terkemudian."[Zukhruf:56]

Orang yang terdahulu (para sahabat) menerima langsung agama ini dari Nabi Muhammad SAW dan mereka hidup di zaman turunnya wahyu.Kemudian setelah zaman mereka,para Tabiin menerima pemahaman Islam dari para sahabat dan seterusnya diikuti pula para Tabi' Tabiin yang berittiba' (mengikut) dengan baik sehingga ke Hari Kiamat.

Sabda Rasulullah: "Sebaik-baik generasi adalah generasiku,kemudian orang-orang sesudahnya (Tabiin) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (Tabi' Tabiin) [HR Bukhari]

Salafi atau sesiapa sahaja yang berpegang dengan Manhaj Salaf digolongkan sebaik-baik Ummah.Salafi merupakan Ummah terbaik dari seluruh umat yang ada.Mereka adalah orang-orang yang paling selamat kerana menyandarkan akidah,perbuatan,akhlak dan diri mereka kepada generasi yang paling utama sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat Al-Quran,Hadis dan Athar (kata-kata sahabat) yang keseluruhan sahih nilainya.Kalimah Salafi berkali-kali disebut oleh ulamak Muktabar sehingga tidak dapat dihitung dengan angka tertentu kerana terlalu banyak.

~Siapa Salafi?~

Dari Abu Bakar As-Sarkhasi meriwayatkan daripada Abil Fityan Ar-Rawasi bahawa "As-Salafi adalah orang-orang yang berada di atas mazhab (manhaj) Salaf."

Manhaj Salafi adalah manhaj orang-orang Salafi yang berpegang pada Al-Kitab dan As-Sunnah serta meninggalkan Bid'ah.

"Rasulullah SAW telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan.Kami berkata:Wahai Rasulullah!seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami.Baginda bersabda:Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertaqwa kepada Allah,sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat Ikhtilaf (perselisihan) yang banyak,maka hendaklah kamu mengikuti Sunnahku dan sunnah Khulafa Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk.Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham.Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu Bid'ah dan setiap Bid'ah itu sesat."[HR Ahmad,Abu Dawud,Tirmizi,Ibn Majah]

"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah (Hadis Sahih) dan apa yang disepakati oleh orang-orang pendahulu yang awal (Salaf) yang terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik." [Ibnu Taimiyyah (Majmuk Al-Fatawa Jilid.3 Halaman.375.Ibnu Taimiyyah)

-Ibnu Taimiyyah telah menfatwakan tentang penentuannya siapa sebenarnya mereka yang berhak bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bermanhaj Salaf As-Soleh sehinnga setiap orrang beriman diwajibkan bermanhaj dengan manhaj mereka.

"Tidak akan menjadi aib (kesalahan) bagi seseorang mengakui sebagai bermazhab Salaf,menasabkan dirinya kepada Salaf dan berbangga dengan Salaf.Malah wajib menerima mazhab Salaf sebagaimana yang telah disepakati.Sesungguhnya mazhab Salaf tidak lain hanyalah mazhab yang sebenar (hak).-Ibnu Taimiyyah (Majmuk Al-Fatawa Jilid.4 Halaman.1491.Ibnu Taimiyyah)

Manhaj Salaf:

1.Memberi penempuan kepada dalil-dalil daripada Al-Kitab dan As-Sunnah secara langsung.Lebih mementingkan Al-Quran,As-Sunnah serta Athar para sahabat.

2.Menggunakan istilah-istilah dari syara' apabila menyatakan atau menjelaskan persoalan akidah sama ada untuk menerangkan atau membantah meraka yang Khilaf.

3.Amat kurang dalam pentakrifan dalam persoalan akidah,tetapi diberi ruang luas di segi Fikhiyyah atau muamalah.

4.Uslub (Metodologi) bahasa yang mudah sehingga hampir tidak ada perkara yang tersembunyi.

5.Menyelesaikan setiap persoalan dengan contoh sederhana,kalimah ringkas dan mudah yang dirujukkan Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis Sahih)

6.Memuliakan dan mematuhi setiap nas-nas yang warid (yang terdapat dan diambil) dari Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak terkeluar dari makna Al-Quran yang difahami oleh Bangsa Arab (basaha Arab asli/tulen).

"Hendaklah kamu kembali (ittiba) kepada Sunnahku dan Sunnah para Khulafa Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku." [HR Ahmad,Ibnu Majah,Tirmizi,Abu Dawud]

"Islam itu bermula dengan keadaan aneh (asing) maka kembali menjadi aneh maka berbahagialah orang yang asing itu."[HR Muslim]

"Telah berpecah belah Yahudi menjadi 71 Firqah (golongan),satu firqah masuk ke dalam syurga dan yang 70 firqah masuk neraka.Dan telah berpecah Nasrani menjadi 72 firqah,71 firqah akan masuk neraka dan satu firqah akan masuk syurga.Dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya,umatku akan berpecah belah menjadi 73 firqah,satu firqah akan masuk ke dalam syurga dan 72 firqah akan masuk ke dalam neraka.Baginda ditanya,"Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah?"Rasulullah menjawab:"Al-Jamaah".[HR Ibnu Majah]

Sabda Rasulullah:"(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku" [HR Tirmizi]

~Kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah~

Sabda Rasulullah:"Barangsiapa yang meninggalkan Sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku"[HR Bukhari,Muslim,Ahmad]

Sabda Rasulullah:"Setiap perkara yang bukan atas perintah kami maka dia bukanlah dari golonganku"[HR Bukhari,Muslim]

Berkata Imam Syafie:"Setiap apa yang telah aku katakan dan ada perkataanku itu bertentangan dengan (hadis) yang sahih,maka hadis Nabi SAW adalah lebih diutamakan dan janganlah kamu sekalian bertaqlid dengan aku.(Sumber Ibnu Qaiyim Al-Jauzi)

Berkata Imam Syafie:"Tidak dibolehkan bagi seseorang selain Rasulullah SAW untuk berkata (tentang agama) kecuali berdalil,tidak boleh berkata walaupun dengan suatu yang ikhtisan (dianggap baik),kerana sesungguhnya mendakwa dengan menyangka sesuatu ciptaan itu baik adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan (bid'ah) yang tidak ada contoh sebelumnya."[Sumber:Ar-Risalah]

~Sunnah Lawannya Bid'ah~

"Maka Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan diri mereka (dari melakukan) bid'ah,mereka adalah orang-orang yang benar-benar berpegang teguh dengan apa yang telah dilaksanakan (dicontohkan) oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda terutama dalam keseluruhan perkara-perkara pokok (yang paling penting)."[Sheikh Abdul Rahman As-Su'di]

Sabda Rasulullah:"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya,iaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya."[HR Muslim]

'Tidak akan lurus (betul) perkataan dan amalan kecuali setelah perkataan dan amal tersebut menepati As-Sunnah" [Ibnu Qayyim]

SUNNAH lawannya BID'AH
JEMAAH (KUMPULAN) LAWANNYA FIRQAH (PERPECAHAN)


"Tidak akan menjadi aib (kesalahan) bagi seseorang mengakui sebagai bermazhab Salaf,menasabkan dirinya kepada Salaf dan berbangga dengan Salaf.Malah wajib menerima mazhab Salaf sebagaimana yang telah disepakati.Sesungguhnya mazhab Salaf tidak lain hanyalah mazhab yang sebenar (hak).-Ibnu Taimiyyah (Majmuk Al-Fatawa Jilid.4 Halaman.1491.Ibnu Taimiyyah)




No comments:

Post a Comment